Saturday 9 June 2012

~Alhamdulillah~



Bismi-llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



alhamdulillah..bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumiNya... semalam setelah letih berkerja dari pagi hingga petang, waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk saya beristirehat.. Indahkan ciptaan Allah.. ada malam dan siang.. saya tak tipu... jom kita tengok surat cintaNya...

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; 
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #190)

Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadanyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. 
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #60)

selalunya selepas menunaikan kewajipan  yang wajib bagi semua umat Islam 'solat' saya akan terus tarik selimut.. tetapi semalam saya terus online dan apa lagi saya buka fb la.... =)  tiba2 dkat page sahabat saya, saya tertarik dengan satu perkataan... 'ZUHUD'

Apa itu zuhud?? Apa yang saya tahu zuhud  tu bersederhanaan.. tapi saya nak tahu dengan lebih lanjut.. saya pun ambik keputusan untuk bertanya kepada sahabat saya yang merupakan rakan seperjuangan dalam group BADAR..
(Biro Dakwah dan Rohani)..dan jawapan yang saya terima amat mengembirakan saya..


Sahabat 1
  • zuhud?? apa yang ana rasa hidup besederhanaan~tingkah laku pon bersederhana~tidak riak dan bongkah~zuhud ini bergantung kepada orang~ada yang kaya dia masih guna fon canggih2~~tpi derma xpernah dia terlepas~~dan tingkahlaku dia pon tidak menunjukkan beza dia dgn org miskin~~

    Sahabat 2
    • zuhud ni dari apa yg ana paham kan.. kita kena imbangkan antara dunia dan akhirat..jgn kita tolak dunia dan lebih2 lgi jgnla kita tolak akhirat..

      sbagai contoh:
    • para sahabat.. Saidina Abu Bakar, seorang sahabat nabi yang paling akrab dan kaya kmudian, bila nk berjihad..
      • Abu Bakar nifak kan semua hartanya ke jalan Allah.
        kmudian Rasulullah tanye kat Abu Bakar:"Apa yang kamu tinggal utk isteri dan anak2 mu?"
      • Abu Bakar menjawab: "Aku tinggalkan Allah dan Rasul kepada mereka"
      • Rasulullah menjawab: "Alhamdulillah, Semoga Allah merahmati kamu"
      • dkat sini jelas, walaupun kaya, Abu bakar xpenah lupakan Agama Allah dia sanggup menifakkan smua hartanya kpada jalan Allah
      • Allahu Rabbi..
      • hebatnye kan..


        Memang hebat... " Adakah aku mampu untuk mengimbangkan dunia dn akhirat??'' HambaMu ini terlalu daif dan lalai dengan urusan dunia... ='(




        Astagfirullah....~allahurabbi~

No comments:

Post a Comment