Thursday 14 June 2012

~MUNAJAT~

Bismi-llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh


MUNAJAT

YA ALLAH.
DENGAN KEBESARAN AR RAHMAN DAN AR RAHIM MU
DENGAN RENDAH HATI KAMI MENAGIH KEAMPUNAN DAN RAHMATMU.
KASIHANILAH KAMI, KEDUA IBU BAPA KAMI, AHLI KELUARGA KAMI,GURU-GURU KAMI DAN RAKAN-RAKAN KAMI.
TERIMALAH SEGALA AMALAN KAMI.
KAMI MENYEMBAH DAN MEMOHON REDA MU.

YA ALLAH
KURNIAKANLAH KETENANGAN DI HATI KAMI
SEBAGAIMANA TENANGNYA MADINAH DAN RAUDAH
JANGANLAH KAU BIARKANLAH KEDAMAIAN RAUDAH BERLALU DARI KAMI
PUTARKAN FIKIRAN DAN HATI KAMI AGAR SENTIASA JITU DAN TIDAK BOSAN MENGINGATI BAITUALLAH SEBAGAIMANA MALAIKAT TANPA JEMU BERTAWAF DI BAITUL MAKMURMU.
BERIKANLAH KAMI HATI YANG MENCINTAI KAABAHMU DAN KERENDAHAN JIWA YANG MAHU BERSOLAT SEHAMPIR MUNGKIN DENGAN KAABAHMU.

YA ALLAH
ANUGERAHKANLAH KAMI SYAFFAT RASULMU
BANGKITKANLAH KAMI BERSAMA PARA SYUHADA DAN BERIKANLAH KAMI LALUAN VVIP DI TITIAN SIRAT.
BASAHKANLAH TEKAK KAMI DI YAUMUL AKHIRAH DENAGN TELAGA KAUTHAR MU.
BERIKANLAH KAMI PENGHORMATAN DATOSHIP KETIKA DI PADANG MASYHARMU DAN BENTANGKANLAH KARPET MERAH HAMPARAN INDAH UNTUK KAMI MELANGKAH KE SYURGAMU.
KAMI TIDAK MAMPU DAN TIDAK BERDAYA UNTUK BERHADAPAN DENGAN KEMURKAANMU.

Saturday 9 June 2012

~Alhamdulillah~



Bismi-llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



alhamdulillah..bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumiNya... semalam setelah letih berkerja dari pagi hingga petang, waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk saya beristirehat.. Indahkan ciptaan Allah.. ada malam dan siang.. saya tak tipu... jom kita tengok surat cintaNya...

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; 
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #190)

Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadanyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. 
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #60)

selalunya selepas menunaikan kewajipan  yang wajib bagi semua umat Islam 'solat' saya akan terus tarik selimut.. tetapi semalam saya terus online dan apa lagi saya buka fb la.... =)  tiba2 dkat page sahabat saya, saya tertarik dengan satu perkataan... 'ZUHUD'

Apa itu zuhud?? Apa yang saya tahu zuhud  tu bersederhanaan.. tapi saya nak tahu dengan lebih lanjut.. saya pun ambik keputusan untuk bertanya kepada sahabat saya yang merupakan rakan seperjuangan dalam group BADAR..
(Biro Dakwah dan Rohani)..dan jawapan yang saya terima amat mengembirakan saya..


Sahabat 1
  • zuhud?? apa yang ana rasa hidup besederhanaan~tingkah laku pon bersederhana~tidak riak dan bongkah~zuhud ini bergantung kepada orang~ada yang kaya dia masih guna fon canggih2~~tpi derma xpernah dia terlepas~~dan tingkahlaku dia pon tidak menunjukkan beza dia dgn org miskin~~

    Sahabat 2
    • zuhud ni dari apa yg ana paham kan.. kita kena imbangkan antara dunia dan akhirat..jgn kita tolak dunia dan lebih2 lgi jgnla kita tolak akhirat..

      sbagai contoh:
    • para sahabat.. Saidina Abu Bakar, seorang sahabat nabi yang paling akrab dan kaya kmudian, bila nk berjihad..
      • Abu Bakar nifak kan semua hartanya ke jalan Allah.
        kmudian Rasulullah tanye kat Abu Bakar:"Apa yang kamu tinggal utk isteri dan anak2 mu?"
      • Abu Bakar menjawab: "Aku tinggalkan Allah dan Rasul kepada mereka"
      • Rasulullah menjawab: "Alhamdulillah, Semoga Allah merahmati kamu"
      • dkat sini jelas, walaupun kaya, Abu bakar xpenah lupakan Agama Allah dia sanggup menifakkan smua hartanya kpada jalan Allah
      • Allahu Rabbi..
      • hebatnye kan..


        Memang hebat... " Adakah aku mampu untuk mengimbangkan dunia dn akhirat??'' HambaMu ini terlalu daif dan lalai dengan urusan dunia... ='(




        Astagfirullah....~allahurabbi~

Monday 4 June 2012

salam ukhwah fillah

bismilahhirahmanirahim...
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

assalamualaikum wtb..

alhamdulillah...akhirnya saya dapat juga create blog ni... pernah terdetik di harti untuk create blog tetapi tidak pernah diberi kesempatan utk melakukanya... tetapi atas cadangan dan dorongan dari sahabat karib saya.. akhrnya tercipta lah blog ni... insyallah semoga penulisan yang bakal saya titipkan di blog ini mendapat manfaat kepada semua sahabat blogger...dialu-alukan sebarang pendapat dan komen di blog ni..
seseungguhnya tiada manusia yang smpurna di muka bumi Allah ini ..setiap manusia  mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing... saya akhiri my first post dengan salam ukhwah, salam 1 Malaysia dan salam dunia blog.....=)